Saturday, 9 January 2016

MAKSUD QUERIES DALAM MICROSOFT ACCESS

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda apa yang dimasudkan dengan QUERY dalam MC ACCESS.
Pengertian Query dalam MS-ACCESS
Untuk lebih mengenalkan tata cara pengaturcaraan yang lebih baik ada kalanya kita mengenal lebih dahulu yang dimaksudkan dengan Query.

Query adalah bahasa SQL (Structured Query Language) yang dipaparkan dalam bentuk visual, yang dapat digunakan untuk melihat, mengubah suai dan menganalisa data dengan pelbagai jalan yang berbeza. Query boleh juga digunakan sebagai sumber data (record source) untuk object form, report dan page. Dengan query, kita dapat mengolah data dalam banyak jadual menjadi satu maklumat yang kita inginkan.

Bahasa query (query language) adalah bahasa khusus yang digunakan untuk melakukan query pada pangkalan data.

Contoh penggunaan bahasa query adalah:
SELECT ALL WHERE bandar = "Malaysia" AND umur <40.
Query tersebut meminta semua record dari pangkalan data yang sedang digunakan (misalnya pangkalan data pelanggan) yang bertempat tinggal di Malaysia dan berumur lebih daripada 40 tahun (bandar dan umur adalah nama field yang telah ditakrifkan). Standard bahasa query yang banyak digunakan adalah SQL (structured query language). Kaedah ini paling rumit tetapi paling fleksibel berbanding kaedah query yang lain, query dengan parameter yang telah tersedia dan query by example.

Manfaat Query
Memaparkan data-data tertentu pada suatu table, contohnya kita hanya ingin melihat data pada table barang yang kod barangnya "B001"
Memaparkan data dari dua table atau lebih dengan syarat anatr table itu ada field yang berkaitan. Contohnya kita ingin melihat Nombor Invois "F0001" itu siapa pemiliknya. Di sini kita mengambil data dari table Header Penjualan dan Table Pekerja, Sebagai penghubungnya adalah field NIK.
Dapat melakukan operasi pengiraan.
Query dibezakan menjadi 2, yaitu:
Untuk membuat / mendefinisikan objek-objek pangkalan data seperti membuat jadual, perhubungan dan sebagainya. Biasanya disebut dengan Data Definition Language (DDL).
Untuk memanipulasi data, yang biasanya dikenali dengan Data Manipulation Language (DML).

Contoh Query



No comments:

Post a Comment