Thursday, 14 January 2016

APAKAH ITU KONSPEP PENORMALAN???


Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh... dan selamat sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda iaitu apakah itu konsep penormalan.


DEFINISI
Konsep Penormalan adalah satu proses penghalusan selepas senaman awal mengenal pasti objek data yang perlu di dalam pangkalan data, mengenal pasti hubungan mereka, dan menentukan jadual diperlukan dan kolumn-kolumn dalam setiap jadual.


Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin mengahasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data adalah melalui proses penormalan. Penormalan merupakan satu cara untuk  menganalisa jadual-jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian. Dimana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data dinormalkan pada mana-mana perigkat.


JENIS-JENIS
Proses pernormalan telah diperkenalkan oleh Codd pada tahun 1972. Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah:

Ø BENTUK NORMAL PERTAMA (1NF) – FIRST NORMAL FORM
Ø BENTUK NORMAL KEDUA (2NF) – SECOND NORMAL FORM
Ø BENTUK NORMAL KETIGA (3NF) – THIRD NORMAL FORM


Walau bagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi seperti Bentuk Penormalan Boyce-Codd (BCNF). Tetapi bentuk penormalan sepert ini jarang digunakan.


TUJUAN DAN KEPERLUAN PERNORMALAN
  • Untuk menghasilkan skema hubungan dengan pengumpulan atribut yang paling optimum.
  • Dapat mengurangkan data lewah(lemah)
  • Dapat mengatasi masalah anomali(bercanggah)




No comments:

Post a Comment