Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengguna blogger. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda Query dalam microsoft Access.
QUERY
*Query adalah
Bahasa SQL (Structured Query Language) yang ditampilkan dalam bentuk visual,
yang dapat digunakan untuk melihat, mengubahsuai, dan menganalisis data dengan
pelbagai cara yang berbeza. Query juga dapat digunakan sebagai sumber data
(record source) untuk suatu objek dalam form, report, dan page. Dengan query, kita
dapat mengolah data dalam banyak jadual menjadi satu maklumat yang kita
inginkan.
CONTOH
QUERY
Sebagai contoh,
jika kita ingin mengetahui tentang nama laptop dan harganya, kita hanya
mengeluarkan data nama laptop dan harganya dari sekian banyak data yang
terdapat dalam pangkalan data laptop.
Contoh
pangkalan data (contohnya: ibu negeri, negeri, negara)
Mempunyai
banyak data/ medan seperti nama laptop, harga, negara pembuat, pembeli, jenis,
gender, warna, warranty, agen, kod laptop, no resit dan gambar profil laptop.
Jadual
yang terdapat pada pangkalan data
Medan2 dipecahkan
kepada beberapa/ banyak jadual supaya senang untuk mengendalikan dan
menguruskan data yang begitu banyak. Biasanya jadual2 akan direka bentuk
mengikut jenis data/ medan. Contoh jadual jenis laptop mengandungi nama laptop,
id laptop, harga laptop, jadual pembeli mengandungi id pembeli, nama pembeli,
alamat pembeli, no. Telefon dan gambar profil pembeli.
Contoh
medan2 dalam satu jadual (i.e jadual masjid, jadual kereta, jadual motor dan
dll)
Kandungan
medan dalam satu jadual laptop adalah seperti id laptop, jenama laptop, model
laptop, harga laptop, jenis laptop, dan gambar laptop.
Kegunaan
query untuk mencari data2 tertentu dalam pangkalan data
Mengeluarkan data
yang perlu sahaja seperti data dari medan harga dari jadual jenis laptop dengan
menggunakan wizard query. Contoh query ialah Nama laptop beserta id pembeli
dalam satu jadual. Query juga boleh menapis agar data yang dikehendaki sahaja
yang akan dipaparkan, atau boleh juga sebaliknya, query juga boleh digunakan
untuk menghalang data yang tidak diingini tampil. Kedua: Dapat digunakan untuk
membentuk FIELD BARU, yang datanya dibuat dengan formula tertentu, dan
merupakan hasil pengolahan dari field yang lain. Contohnya: Pada jadual
terdapat Field Alamat, Field Bandar, dan Field Negara. Dengan bermodalkan 3
Field tersebut kita boleh membentuk Field baru yang isinya berupa alamat
lengkap, yang sudah termasuk bandar dan negara.
No comments:
Post a Comment