Friday 14 October 2016

PROJECT MAKER LAPTOP MURAH.CO (WEB DESIGN)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah lama saya tidak update di dalam blog ini. Hari ini saya telah diberi tugasan oleh pensyarah iaitu Encik Zain iaitu tugasana membuat satu laman web. Mengikut tugasan yang diberikan oleh Encik Zain, beliau ingin perkara-perkara yang perlu ada di dalam laman web. Antaranya ialah CSS, HTML, Bootstrap, dan sebagainya.


Pada mulanya, saya melakar design wewbsite ini pada kertas A4. Saya merujuk daripada beberapa website online untuk mendapatkan ilham seperti getbootstrap, W3schools dan sebagainya. Setelah merujuk internet dekat setengah jam, saya telah jumpa satu template laman web yang terdapat di dalam getbootstrap.com yang boleh dijadikan inspirasi dalam laman web saya iaitu laman web LAPTOP MURAH.CO. Sebenarnya, template laman web yang telah saya dapat hanya perlu mengisikan sedikit coding html untuk mencantikkan laman web tersebut. Selepas itu, saya mennghasilkan laman web INDEX, HOME, CONTACT, ABOUT US.

(Contoh atas ialah lakaran website sebelum memulakan kerja di dalam komputer).

1) Ini adalah index page (muka depan) template laman web yang diambil daripada internet. (Sebelum)

2) Ini adalah index page(muka depan) laman web saya yang telah diubahsuai. (Selepas)

3) Ini Homepage laman web 

4) Ini Webpage About Us 

5) Ini Webpage Contact Us

6) Webpage Product

7) Webpage Product (display product)

8) Webpage Order 

Saya menyiapkan website saya dalam masa sebulan (itupun ade webpage jadi tak betol) .Selepas website saya sudah siap, saya ditugaskan untuk membuat presentation (pembentangan) di dalam kelas. Dengan adanya projek seperti ini saya menjadi lebih bagus dalam bidang aplikasi web yang saya pelajari di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Saya berharap setiap apa yang saya kongsikan dalam blogger ini menjadi manfaat kepada peminat yang membacanya. Sekian, terima kasih.